T E R B A R U--click-

Selasa, 20 Disember 2011

saya akan kahwin....?


new info 2011

Soalan ini dah jadi soalan yang dah sebati dengan saya semenjak 8 bulan selepas saya habis belajar. Jawapan saya mudah saja, “Bila dah sampai jodoh, saya akan kahwin..”

Usia saya baru 24 tahun, saya rasa saya bukan sampai tahap “terdesak” lagi untuk punyai suami. Niat tu memang ada tapi bila akan berlangsung, saya tak tahu. Kalau ada rezeki, cepatlah.

Kalau tak, terpaksalah saya terus menunggu. Bagi saya, soal jodoh ini sudah ditetapkan Allah SWT. Cepat atau lambat, kalau sudah tiba masanya, saya akan berkahwin juga.

Saya tak nak menjadikan kesibukan atau sedang mengumpul duit sebagai alasan untuk tidak mahu kahwin. Bukan pasal tu, tapi belum sampai masanya.

Teman teman rapat sayapun ramai dah berkahwin takkanlah saya tak punya keinginan yang sama untuk ada keluarga sendiri.

Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan tiba juga saat itu. Amin..

Linknew info 2011

Bagi yang sudah berumah tangga, alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T yang telah menemukan cinta dan kasih sayang kepada kalian.

Semoga rumah tangga anda semua dilimpahi rahmat dan kasih-Nya. Selain itu mungkin ada juga antara gadis-gadis diluar sana yang kerap bertanya sendiri sebegini:

Gadis ‘Pemalu’ A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.

Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.

Gadis Teringin C: ’Jealous’lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat’assignmen’t pon sama-sama. Tapi aku?

Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.

Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.

Malah ada juga yang mungkin berfikiran:

“Aku tak nak kahwinlah.. mak cik aku okey jer tak kahwin.” Nauzubillah…

new info 2011

Apa pendapat anda semua? Saya pasti ada antara kita pernah berfikiran begini. Malah mungkin ramai yang terfikir tentang hal ini walaupun masih di tahun satu atau tahun kedua di IPTA atau IPTS.

Malang nya kita jika menganggap jodoh dan cinta itu hanya urusan antara kita dan hati kita sahaja. Kita mudah terlupa dalam hati itu masih ada pemilik hati yang Maha Hebat ialah Allah SWT dan kita juga terlupa dalam cinta itu masih ada pemilik cinta yang Maha Agung iaitu Allah SWT.

Oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah tanpa jemu dan putus asa. Jika anda rasa sangat sukar untuk menemui jodoh yang anda inginkan mintalah kepada Allah kerana seorang hamba Allah tidak akan mudah berputus asa kecuali orang-orang yang tidak beriman.

Berusaha dalam mencari jodoh tidak bermakna menulis surat-surat cinta palsu atau bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.

Seandainya sebelum ini kita pernah melakukan dosa dengan berdua-duaan dengan pasangan kita, pastikah kita, bahawa kita akan hidup sampai ke tua dan mampu bertaubat dan menginsafi segala dosa-dosa kita dengan pasangan yang tidak halal bagi kita?

new info 2011

Pembaca-pembaca sekelian, soal hati dan jodoh bukanlah benda yang senang. Bukan hak kita menentukan siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima kehadiran mana-mana sahaja kaum adam atau kaum hawa tanpa menilai agama dan budi pekerti terlebih dahulu.

Jangan biarkan sehingga nasi menjadi bubur. Lihatlah, berapa ramai yang berkahwin semata-mata kerana nafsu dan akhirnya tersungkur sebelum sampai kepintu syurga?

Inginkah kita menjadi pasangan yang bercerai berai dan bergaduhan selepas beberapa lama berkahwin? Yakinlah, kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan ialah apabila mengingati Allah dan mendapat keredhaannya.

new info 2011

Ketahuilah dan yakinlah bahawa perempuan yang baik akan bersama dengan lelaki yang juga baik begitu juga sebaliknya..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...